Tuesday, 30 December 2014

bye 2014

sebenarnya...aku dah type panjanggggg.
tapi aku rasa malas pulak nak habiskan.
so, aku keep as draft ja.




Alhamdulillah,satu tahun sudah berlalu...yup..masa berlalu..sentiasa, takkan berhenti.
So, aku harap..masuk tahun angka baru ni..aku akan sentiasa improve diri aku as a better person..nak jadi student, anak yg baik, happy kan mama n abah..Takkan masa ja dok berlalu, but i'm still the same..aku sedaq jugak diri ni...aku nk masuk 22 dah..hurmm..22???

ok.aku rasa angka 22 tu sweeeet..sebab aku rasa num 2 adalah num paling comel..Aku ja rasa, org lain aku xtaw laa..

bercakap pasal azam..ntah, aku tak pasti azam aku apa tahun lepas..yang pasti sama mcm org lain kot..xdaklah rare..yalah, nak jadi lebih baik..dpt result bagus...semua nak better2 dri tahun sebelumnya...thats it.

tapi tahun ni aku punya wish lain sikit dari sebelum ni..lain..serius lain..HAHA..dan cukuplah aku yg taw wish tu...

oh yaaa..In Sha Allah, taon ni aku akan grad..semoga perjalanan tahun akhir aku ni dipermudahkan..tahun depan sem 6..super senior..hee..tak sabar plak nak konvo..nak ambik gmbr konvo byk2..nak yg rare2.. (ok..ni kategori azam tahun baru jugak ka)...haha.

basicly, aku rasa nak ada azam ni tak payah time masuk taon baru ja sebenaqnya..kadang smpai tu...nak berubah boleh plak niat dlm hati.."tahun depan laa...biaq habis tahun ni..aku nak enjoy dulu..tahun depan azam aku nak jadi lebih baik..."hekkelllehh!..jgn la mcm tu hakak hakak abe abe skalian..peringtan utk diri aku juga..




aku sebenaqnya tak dak idea sgt...tapi saja nak update, banyakkan entry untuk 2014...

oh yaa..doakan sahabat2 kita di pantai timur....dan dimana-mana jua..aku akui..taon ni banyak dugaan untuk negara kita...tapi kita manusia...Allah adalah perancang yang terbaik...Semua ni ada hikmah..Kita patut belajar dengan setiap apa yg berlaku..Sebenarnya apa yg jadi adalah peringatan untuk kita..kita hidup di dunia ni sementara saja..n yeah..hidup di dunia tak lama..jadi,..kita kena manfaat la kan masa..jgn kejar dunia sebab dunia mmg tak kekal..kejar akhirat..aku mengaku, aku mmg fail lagi...nak kejar tak terkejar2..so, sama2 la eh..kita ubah apa yg patut..Allah syg kita, sebab tu Dia uji..Semoga kita tinggalkan dunia ni dalam keadaan yg beriman dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman bila di akhirat nnt..Nak masuk syurga takkk? :)


ok..sekian..
salam sayanggggg, utk diri aku sendiri..dan semua org yg aku sayangggsss! ^_^


daannn.. semoga aku dapat jumpa banyak lagi org2 yang patot aku sayang taon depan..

Assalamualaikum :D

Saturday, 27 December 2014

Thursday, 4 December 2014

Demam assignment :(

Assignment banyak.
Terlalu banyak benda nak disiapkan dalam satu masa. 
Terlalu banyak kerja sampai tak taw nak mulakan yang mana satu.
Rasa mcm semua tak sempat nak disiapkan.
Rasa nak menangis.

Time ni rasa nak meroyan macam org hilang akal.
Baru nak menyesal 'kenapalah aku ambik kos ni'
Baru nak menyesal kenapalah aku tak buat kerja ni awal2..
Baru nak menyesal sebab tangguhkan kerja sebab sebelum ni banyak sgt laghanyaa..
Time ni la nak demam panas, sejuk bagai..muntah hijau kuing semua..

Sudahlah...tak payah nak pikiaq sgt benda2 cmni..seriusly, buat kita akan double tripple stress!

There are some tips from me...tiada pengiktirafan dari mana2 doktor falsafah, sekadar apa aku rasa..and apa yang aku buat..

1)Nak menangis? 
Boleh...nangis la dulu... 
Sometimes tak rasa nak meluahkan dengan kata-kata apa kita rasa, tapi dengan menangis, rasa mcm semua akan terlepas seketika..Kalau selesa menangis depan org, cari la org yang bole nak dengar anda menangis tu. Sebab setengah org, dia just perlukan  teman untuk dia nangis jap. Lepas dia lega. Dia akan cakap tengs and blah..Haha. Menurut pakar kaunseling kat UiTM Seremban ni, org lelaki la yg selalu mcm ni. Pi bilik kaunseling, jumpa kaunselor ckp yang dia just nak menangis ja, and kaunselor tu ckp its normal. Tapi kalau macam aku, i prefer alone. Just stop my work for a while, go somewhere yg xdak org nak tengok hang..Bukan menangis meraung mcm org hilang akal, histeria aku tak tanggung taw..;3

2) Tak nak menangis? Tak rasa nak menangis? Tapi rasa mcm nak trgglkan semua assignment, tugasan persatuan lagi semua..?
Kadang2 rasa mcm tak nak menangis pon. Alah, leceh arh...sikit2 nak teriak..mcm budak kecik lahaaaiii!Xpa, for me, kalau time mcm ni, aku just need a time for my self. kadang2 nak layan jap perasaan. Amik handphone, power bank, headphone...keluar bilik..Assignment biarkan bersepah atas katil..( maaf roomates)...nasib depa faham..budak final year la katakan..(wekk!)..So, tempat lepak biasa kat tgga sebelah bilik ja pon...angin malam dia, best kot!..tapi tu la, sebelah kolej ni hutan kot..hurmm, seram gak..Tapi kalau dah stress, tak takut dah..Tapi warning pada yang rasa tak yakin diri, lepak luar tgh2 mlm, pagi2 buta bahaya. Fikir sendiri lahh..Bila stress mcm2 bole jadi kan..Tapi yang den tak pueh hati, ramai dah dok spot tempat tu...leceh arhh!..so, terpaksa cri port baru, still kat tgka..tgkat atas sikit...lg stu, ada tempt mcm koridor, boleh panjat duk atas tu..tapi kena hati2, rumah puan saadiah area tu, kang dia nampak , aku kena buang kolej...dah lama aku aim port ni.. not brave enough aku nih. Ok? dah set port baik punya, xdak org kacau, put on your headphone, psg lagu ka zikir apa2 yg feveret, dok arh sampai rasa tenang jap..jgn lama2..kalau tak suka dok tempat yang statik, baiklah anda bole berjalan di sekitar kolej anda..p bilik kawan lepak jap ka..kalau dia busy, mohon jgn kacau, kang nnti kena halau..haha...yg penting ,jgn lupa balik bilik..dah ok.balik smbung krja okeh? 

3) Kerja banyak vs mengantuk gila!!!Mana lagi penting?
Better tidoq! Serius weh, you cannot brain well what are you actually doing if u are sleepy. Letak semua buku, laptop kat tepi...Mohon tidoqlah..Sekejap pon jadi. Org ckp tidoq sekejap bila letih adalah tidoq yg berkualiti.. Bila bangun rasa fresh..Jangan lupa set alarm!..Risau tak bangun, pesan la roomate tolong kejutkan, buat alarm banyak2..biaq bising satu bilik..kalo roomate tidoq, dia msti rasa trggu, and akan bangun p kejut hang! See?..OK! aku tak mcm ni, tp roomate aku yg sebelum ni mcm ni..Haha.Aku setakat ni Alhamdulillah, bangun bila dah set alarm. Sebelum tidoq, set dalam otak..aku nak bangun buat assignment..InshaAllah, Allah tolong.. Bila dah tidoq, otak akan jadi clear and you can start brain well.. Trust me :) Sebab buat apa pulun buat assignment ngantuk2, sampai salah2, sampai stress2, marah2..assignment akan jd cincai..serius..mcm aku..haha. So, tido jap.. kalau rasa bole bertahan, tak apalah. teruskan buat assignment.. Tak pun, p la tenangkan diri or solat sunat jap :)

4)Mandi! Makan!
Assignment banyak? Mengantok tapi tak maw tidoq sebab takot terbabas? Nak lepak luar bilik pon tak nak sebab takot? So, bole p mandi..Kesah pulak mandi 2 pagi..bukan selalu..erkk! memang aku selalu buat perangai cmni..roomate bising..Tapi kan, bukan after pukul 1 pagi bole ka..aku tak pasti dari teori mana aku dapat ni..hurmm.hurmmm..Seriusly, anda akan rasa seperti dihidupkan semula..Trust me.sebab aku selalu buat mcm ni..Alah, sebab toilet dlm bilik, tak la takot sgt..haha..Lapar, bole panaskan air. Buat megi! Slurppp! Takpon biskut cap Hup Seng tu cicah la Milo! buat yg boikot milo, bole cicah teh!

5)Solat& Baca Quran
Kadang2, kita sibuk sngt nak kejar dateline, sebok sgt nak siapkan semua assignment, nak study test mcm org gila...tapi kita kena sedarkan diri kita...Kita dah solat belum? Kalau belum, bole stop dan pi solat dulu..Demi Allah, kita dahulukan urusan dengan Allah, Allah mudahkan urusan kita yang seterusnya. Secara jujur, aku ni solat takdak la awal waktu sgt tp boleh la..tapi...tapi...aku selalu ada msalah dengan Isyak aku..2, 3, 4 pagi baru nak smyang...biasa la..dok urus hal duniawi...kdg2 lagha dgn hal lain..mmg aku teruk..Motif aku bukan nak ckp aku solat awal wktu ka, lewat waktu...tp nak ckp betapa berkesannya kita dahulukan urusan dengan Allah dalam hidup kita. Benda ni aku sedar masa aku form 3..Masa tu folio geografi aku corrupt..xboleh nak bukak camna ntah...memang aku terkedu..esok kena hantaq...masa dah pukul 10 lebih malam..Sumpah! Cuak! Cikgu Miskiyah ajaq masa tu...Mati aku..mati aku..! I kenot brain, so, tggal kerja..temangu buang masa dalam sejam..last2 aku sembahyang, baca Quran..fresh lepas tu..dalam pkul 1 baru start buat semula..semua..lukis peta manual..tulis balik esei2..bole imagine tak?? masa tu tgh sekolah, tak kenal lagi kerja esaimen last minit..zaman u mmg la..Alhamdulillah, flow kerja jadi mudah weh! serius talk!..Tapi jgn la cari Tuhan time susah ja...amalkan solat cukup 5 waktu, baca Quran at least Subuh & Maghrib...paling malas.. Rajin buat taubat, hajat...paling liat pon, seminggu sekali..Benda kena istiqamah, pelan2 la..aku pon jahil jugak...so, sama2 la kita berubah. Permulaan susah, tp InshaAllah, niat betul Allah tolong..So, solat dulu! baru sambung buat esaimen!

6) Bosan dengan esaimen!
Esaimen banyak weh! Tapi aku dah boring...yess! aku mcm tu....!cari partner in crime hg, ajak kluaq! Makan kat luaq, layan movie, cuci mata kat luaq!..Student weh, tipu sgt kalau tak suka benda2 lagha ni..paling tak, nak makan luaq!..Jemu weh menghadap lauk sama kat kafe kolej..Nak KFC!!!hahaa..Tapi, duit kena ada la kan.Kalau duit tak dak, stress jugakk! paling jimat, mohon join aktiviti persatuan. Misalnya ada pertndingan karaoke, masuk ja la..hiburan tanpa perlukan duit..Menang siap dpt hadiah..Luangkan masa dengan aktiviti persatuan tu..Weh, hidup kalau menghadap esaimen, tak bermasyarakat mmg sgt tak quality life student hg..! dpt la 4 flat pon,..sgt bosan life hang! wekk! kbye!.

Tgk la movie kat dlm laptop pon jimat. gelak2 la sat tgk Runningman ka..Lepas tu, on ja la twitter facebook, berblogging jap ka mcm aku ni...tgk la dnia luar sama, walaupun dunia di hujung jari...plis la, jgn ckp nak deactive twitter, facebook sebab nak fokus study...sebab kata lagha...lepas tu hg deactive harini, esok activate balik...apa laaa...sama ja la mcm hg log in log out..aishhh!..Spend la kejap..tengok mcm aku sekarang...esaimen belambak dok bersepah atas meja , katil..tapi aku dok byk masa plak taip tips atasi stress esaimen suka hati aku ni..heee :3

7)Spend time dengan org tersayang!Get back you spirit!

rasa mmg dah nak give...?dah tak boleh jalan dah? tgk semula gmbar family, gambar mama abah..adik beradik yang mengharapkan kejayaan kita. Yang nak kita berjaya, yang nak datang tengok kita berkonvo..Tamat belajar, kerja bagus2..sanggup kita nak hancurkan hati mereka2 insan tersyg...mama, abah...tambah2 yg anak sulong mcm aku.. Nak tolong family, jgn senang2 nak give up..Make them proud, jdi contoh utk adik2..Jangan pernah anggap benda ni bebanan, anggap ni cabaran..Bersyukurlah, kita di sini..Berjuang! Berjihad. Diberi peluang menuntut ilmu kan..kawan2 kita kat Palestin, Syria sana tu..peluang yang kita ada, tak semua org dapat.

So now, ambiklah handphone. Call your parents, siblings. Say that you love them, miss them. Suruh mama abah doakan kita kuat!..Aku akan kol mama and always ckp "mama, esaimen banyak...stress..tolong doa stress ika bgi hilang...". And mama akan ckp " mama doa..selalu"..Umpama mcm bateri henset yang dah kong, tiba2 fully charge!..Kalau abah pon sama, "Abah doa taw!!!".. "Doa doa jugak! tuan punya diri pon kena doa, semayang jgn tggal!"..Dengan agak cool gaya tak mau layan..haha..And bila dengan adik2, selalu la jugak ckp talipon.bila dengan Ayin, " wehh...doakan aku! aku exam!",jerit nak pecah talipon. And Ayin akan jwb dgn ayat2 lawak bodo dia..-,-. Kalau mcm aku, aku ada family, depa lubuk emas aku sebab penguat aku..yang sentiasa tembak doa bertubi2 untuk aku..Buat yg bersuami, beristeri..suruhlah suami and isteri anda doakan eh :).. Buat yang bercouple, mmg haram kan..tapi, kalau anda rasa benda tu penguat anda study, kongsi semangat study sama2.. Jangan nak melagha sgt..Support each other. Kawan sama kawan pon ,support each other okeh!..:)

_________________________________________________________________________________

Aku stress..Tak sabar nak habiskan sisa lagi 2 minggu ni.. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Allah ada, Utamakan dia. Rezeki, dia yang bagi..Kita buat yang terbaik..ada ja rezeki untuk kita. Betulkan niat, Untuk apa kita belajar...Adakah sekadar nak mengejar pointer tinggi, nak kerja hebat2 sebab nak gaji tinggi atau sebaliknya. Yakinlah, anda mampu siapkan semua tu! Trust me, all of us can do it as long as kita TAK give up..Kita dah nak sampai puncak, cuma memerlukan beberapa langkah lagi untuk kita nak capai puncak yang teratas tu..Andai gagal, percayalah...Allah ada perancnagan jauh lebih baik untuk kita. If planning was a game, Allah always win.

Trust ourselves.We can do it.. Lillahi Taa'la :)

Spread the love. Assalamualaikum.


Monday, 1 December 2014

rindu mereka

pejam celik..pandang kiri kanan, tengok atas bawah..

tengok jam..masih berjalan masa.

dah hampir setahun aku kat seremban.
dah hampir setahun aku tinggal mereka.
dah hampir setahun aku tak menggila dalam bilik macam dulu dengan mereka
dah hampir setahun aku tak bekerja dengan mereka
dah hampir setahun aku aku tak turun koko sabtu
dah hampir setahun aku tak turun meeting bersama mereka
dah hampir setahun aku tak pi beli makan kat dc bersama mereka
dah hampir setahun aku tak jalan2 dengan mereka


yup..mmg banyak benda lagi..aku buat tanpa mereka di sini.

perasaan aku?
undescribe. sumpah aku rindu suasana dulu. suasana sebagai budak beruniform. sibuk dengan esaimen and urusan organisasi. walaupun dalam organisasi itu aku tak seberapa sangat, tapi aku rasa aku ni someone bila aku bekerja dengan mereka.

mereka siapa?
my family sispa shah alam!!

korang, mungkin korang tertanya-tanya, kenapa ika tak turun shah alam, kenapa ika tak datang melawat korang pun sem ni..

entah la korang..one of the reason memang sem ni agak busy. tapi ika rasa alasan tu sepatutnya bole letak tepi. kalau sayang, apa saja boleh diturutkan..cuma mau atau tak ja kan.

korang taw tak...ika takot, risau (xtaw nak describe)..ika takot nak lalui perpisahan yg kali ke berapa. farewell is hurt. susah nak cakap.

korang taw, bila ika bukak fb, ada gmbr korang upload. gmbr korang sama2 kat sana. ika xnak tengok! ika nak ada kat situ..rasa happy. rasa serabut kepala. rasa nak nangis sama2.. nak rasa ringan sama dipikul, berat sama dijinjing jugak (eh..btul ka peribahasa ni).

korang faham ke apa ika nak sampaikan ni.

korang, even kita dah tak boleh gather sama2 mcm selalu, ika nak korang taw, ika sayang korang...sangat2..awal sem kat sini..ika sunyi..ika mengaku, life ika dengan korang..ika mana rapat sgt dengan kwn2 fac sebelum ni..ika kan stonecold..hee...berat jugak..but i have to survive kan.

kenyataannya, memang kita semua akan terpisah pon suatu hari nanti..cuma ika yang lebih awal tinggalkan korang..jasad memang ika tinggalkan korang , tapi dalam hati tak..korang tetap jadi feveret people ika..forever :) yang ika benci pon korang, yang ika sayang pon korang..eh??

haha.. rindunya..rindu nak panggil tuan, puan..rindu nak ada junior sispa..rindu nak ada senior ramaiiiiii kat sana...rindu everything kat sana..rindu batch 9!! rindu batch2 lain jugak...hehe..eh?

ada rezeki..jodoh panjang..kita jumpa lagi..
memories to tressure, yeah! banyak sangat memory..i'm proud to be part of the memories :)

















4 sem tak cukup dengan korang.
urmm..okay nak teriak!

bye!

Wednesday, 26 November 2014

memilih ker?

Assalamualaikum..

back to the title.
memilih keeerr?

of course!

semalam masa lepak makan dengan katy..dia tanya aku

katy: hang ni single lagi takkan tak dak yang berkenan kot..senior2 ka, takkan tak dak yang mengorat hang...??
aku: tak..hahaha
katy: ka hang ni memilih sangat??
aku: nak memilih cemana weh, takdak pilihan pon beratoq depan aku pun untuk aku buat pilihan..
katy: HAHAHA.. (*&^&%^#

conversation with fai few weeks ago...

Fai: hang dengan sapa la ni?
Aku: SAPA?
Fai: Alaa...dengan aku pon nak rahsia
Aku: HAHA...xdak.mana ada sapa2
Fai: weh..aku ada kawan..dia ni kan...( bla2....blaaa). Hang nak dak aku rekemen bagi kat hang.
Aku: Tak maw. tak payah..Tak desprate lagi....
Fai: Hang ni memilih!! (*%#@^%@^


Aku sebenaqnya tak memilih pon weh.I just dont need anyone right now. Tapi hakikatnya, kita wajar memilih jugak aku rasa. Kalau tak memilih, takkan nak main ambik ja sapa2 tepi jalan buat pasangan hidup. Iye dop?

Bukan masa aku lagi. Buat anda2 sahabat yang sudah punya jantung hati, Semoga hubungan anda semua akan diredhai till jannah. :)

Aku?
hmmm..si dia aku mungkin masih sesat2 lagi cari aku. Pray for him.

hahahahahah! ok hambar..

aku percaya. bunyi macam dongeng. tapi aku percaya. ada seseorang tu wujud untuk aku. cuma tak sampai lagi masa. yang aku sekali pandang, aku taw ' he is the one'. argggh! tersenyum pulak sambil type nih. HAHA

aku tak harap pon macam zill faezrul, sebab aku bukanya armel aisya mcm rindu awak 200%
tak pula nak mengharap dia macam tengku adam kamil, sebab aku bukan ariana rose mcm novel the wedding breaker tu..
apatah lagi aku nak mengharap dia mcm adam, sebab aku bukan nur amina dalam cerita nur kasih tu..


cuma, yeah...dia adalah dia. and aku adalah aku. and we both can accept each other. and we can create our own love story..

haaahaaaa.

tapi sebenaqnya dia betul2 wujud ka hah. jodoh aku tu? wujud ka someone yang boleh terima perangai aku baik buruk ni.

yang boleh steady tenangkan aku bila aku marah
yang boleh dengaq aku membebel bila ada benda tak kena
yang bole buat aku senyum semula bila aku sedih gilaaa
yang bole tegur aku, nasihat aku bila aku buat salah
yang bole buat lawak sampai gelak pecah perut bila aku xdak mood

yang paling penting bole accept perangai aku setiap kali penyakit org ppuan datang setiap bulan. aku sedar, aku suka cari pasal dengan org time cenggini. sebab previously, masa aku dengan pemilik hati yang lama, setiap kali gadoh terok, perang dunia ke 3,4,5,6..mesti masa tu aku.....ok dah! hbis di sini.

teringat mdm aloyah penah cakap.. "siang ada malam, malam ada siang...semua benda berpasangan...kita pon adaa...".

so, awak kat mana...awak awak kat mnaaaaa?

*aku rasa meroyan jauh sangat...

kbye!


Monday, 17 November 2014

teringat..

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Kita banyak gaduh kan..banyak sangat.
Banyak dari kita nak sweet2..

HAHA. sempat ka sweet2..
Kita sempoi ja kot..

Its what we called silent relationship..
Aku tak payah nak cakap apa aku rasa, sebab aku yakin, you feel what i feel too.
dan memang baru sekarang aku tau..

hubungan kita memang silent relationship. :)

Benci?
Yes....aku benci. Tapi bukan benci hang..benci diri aku bila dengan hang.

im blushing.
smile alone.
keep dreaming.
clumsy.
mati akal.

Sayang, u changed me a lot.

aku belajar masak.
belajar jd feminin.
belajar jaga diri, coz i know i'm yours..
belajar sabar.
belajar tanggungjawab.
belajar jd sweettt,,,,( ok ni tipu...)

tapi semua tu tak nampak kan?
u cant see my effort becoz i failed.
but at least i try..

umpama mcm masa kecik2 kita belajaq kayuh basikal..tak terus pandai kan?

u said, u want me to be your wife.
aku lain dari mereka2 yg lain.
aku percaya, even mulut akuckp.."eleeeh..yala tuuu".

u know what, aku happy sangat.

mereka2 kata hg terok.
mereka2 kata org mcm hg tak bole pecaya.
mereka2 kata itu ini..blaaa....blaaa..

but for me, i believe in u.
biasalah..lelaki muda remaja, nakal2 sikit..
tapi aku yakin, hati hang untuk aku.. Yakin sangat.

hang selalu cakap.
hang terok.
tak sesuai untuk aku.sebab aku baik.
hang tak nak teruskan dgn aku sbb tak nak aku nangis bagai.

i'm hurt with those words.
bole tak jgn ckp mcm tu sedgkan kita mmg tgh going well.
i said i believe in u.
people can change la sayang.

yes...people change..same like you :)

the day hg ckp..hg lepaskan aku..
aku yakin..hg tipu..
hg tak maksudkan semua tu kan?

perasan atau tak.
we keep contact each other.
selepas sebulan dua..
either u or me akan cari masing2..
our silent relationship keep continue...

continue..

continue..




until u said.

"aku suka someone"

:)

kwn matrik hg masa tu.
masa tu aku rasa, bukan jenis aku nak marah hg suka org.
aku baca conversation hg dgn dia..
sweet nauu..

u love her..so i give up.

sampai laaa satu hari, hg ckp hg dah tak ada apa2..
sbb dia xsama mcm aku..
i cried...tp mmg aku marah hg masa tu.
konon2..nak protes.

tapi...hg give up cpt sgt,
dan aku..menyesal jugak.

and we keep continue...on..off..on..off..benda yg aku masih percaya, our silent relationship :)

sampai la last birthday hg lepas..

hg ckp.."aku suka someone"

hati aku crack balik weh.tapi tak sakit sgt mcm yg pertama.
mcm biasa...bukan cara aku nak menghalang hg untuk stop suka..syg..love sapa2..
hak hang kan.

from that moment. i hate you.
kalo dengan cara membenci hg bole buat aku lupakan kita, just let me to hate u.

be happy sayang. aku ok. u are a good guy. seriously, hg lelaki yg baik.. :)

current mode: teringat kisah dulu2..tak ada niat lain.

Thursday, 30 October 2014

They are mine.

Family is my everything.
Yes. They are my priority.
Apa keputusan aku semua aku akan relate dgn family aku.
Sebab.
Sebab mereka keluarga saya.
Hee..

Abah,

dah besar2 mcm ni, dah 21 dah pun anak sulung abah ni, tapi abah buat2 mcm ika ni budak kecik la eh..hihi..

balik dari keja, kalo abah beli apa2 snek, coklat ka, eskrem ka, mesti ada 4..kenapa?..sebab anak abah ada 4 an..terima kasih abah sebab tak lupa beli kat ika cekelat jugak walaupun ika dah besaq, dah bole kawin dah pon kan abah kan.. :P

Mama,

"maa..mcm mana kalau ika tak kawin nanti?,"..sambil sikat rambut depan cermin kat dapuq.
"tak pa la..nanti jaga la mama..,"..sambil dok tumis bawang.
"...........pastu nanti keja..duit byk2 bgi kat mama...bole shopping......,"....*sigh.

HAHA.

Maa..nanti ika bagi duit byk2 nah...tolong doakan ika dunia akhirat :)

too many moments of me with them..depa lah parents terbaik di dunia...dan aku taw orang lain pon akan ckp mama abah depa yg the best..tapi aku ttp yakin, mama abah aku yg the best..heh!

saja rindu depa sebenaqnya ni..

oh yaaa...buat adik2 aku kat rumah tu...along rindu jugak..tapi sikit ja..haha..hampa bukan rindu along pon, rindu toblerone jaa..pastu nak pau along blnja mcm2 balik rumah..huh..tp along sayang aih adik2 along ;)

bakal suami?

krik..krik..krik...(kutunggumu di pintu syurga laah...haha)

kbye..salam rindu :D


Friday, 24 October 2014

...

banyak benda nak cakap..
nak share..
tapi bila type panjang2..padam pulak..

ntah..apa jenis feeling ntah..
perasaan nak cakap tp xnak ckp..

paham tak?

hmmm..awak, nanti kalau kita kawin, ingtkan saya cerita semua2 ni kat awak eh..awak sorang ja..

ok.bye.

Salam Maal Hijrah :)

Wednesday, 22 October 2014

sampai satu masa...

sampai satu masa nanti..
hang akan rasa bodoh..
sebab sukakan lelaki mcm dia..

sampai satu masa nanti..
hang akan marah dgn diri hang..
sebab bagi hati kat org yg tak sepatotnya..

sampai satu masa nanti..
hang akan gelak sorang2..
terkenangkan kenangan hg dgn dia yg tak sepatotnya tercipta..

sampai satu masa nanti..
hang akan rsa rilek n cool ja..
bila hang dgaq nama dia..

sampai satu masa nanti..
kalau hg nmpk dia kiss ppuan lain depan mata hang pon..
hang akan rasa mcm tgk pokok ja tepi jln..

sampai satu masa nanti..
hang akan senyum sendiri dan bahagia..
sebab hang bukan lagi hang yg dulu..

serius talk..

dan motifnya entry kali ini, aku nak cakap yang.. perasaan suka, kasih dan sayang hang, akan hilang jugak suatu hari nanti..mungkin semua tu akan bertukar jd benci ataupun entahlah...

haha.well sayang..ada hadiskan...

Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah Subhanahhu wa Ta'ala akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya. Setelah itu, Rasulullah berdoa; 'Ya Allah, Dzat yg memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu! ' [HR. Muslim ]

Tukar pemikiran hg. pujuk hati hg. kuat and tabahkan hati. aku ckp berdasarkan pengalaman jugak..nak sihat, kena sakit dulu..yes!memang sakit..tp lama2 akan hilang..sebab tu aku ckp..sampai satu masa nanti..bila hang dah tak sakit..hang akan rasa seperti mana aku ckp kat atas.

kwn, move on jom. :)

Wednesday, 24 September 2014

crush

assalamualaikum.

finally, aku ada crush.

yes!


please be mine.

first time i saw u kat ig shop..promotion RM260 katanya.
second time i saw u kat kedai KODAK, RM259.
third time i saw u just now, kat blog gadjet&lifestyle, RM249..

plisss..turun lagi harga...pliss..pliss

haha.
its okay..encik olympus masih sihat.
tp i still want u.
nak dslr canon xmampu lg.
so, u plis be mine :)

arghhhh!
perasaan bila nak sgt2...tp terpaksa kawal diri dari beli sebab nak beli byk lg keperluan buat aku mental breakdown seketika.

org ckp, tak dapat. tgk gambaq pon jadi laaa.


*sebelum armel aisya, aku memang dah lama minat hang la*

jodoh kita bukan sekarang..
mungkin nanti.
tunggu aku, kumpul duit dulu.



i'm sorry but i love you

Encik Instax :)

Thursday, 18 September 2014

From me to u, from u to her

More than you think..
I know about you love all too well.

You think that you're leaving her like this..
because of your noble love, right?

"I'd disappear from her life before my precious woman suffers anymore"

NO.

You're just afraid you'll get hurt if you see her suffer.

When you realize that, you'll regret it and suffer even more.

.
.
.
.
.
.

Dear you,

Just think about one thing.

Once she leaves you, because of your cowardice..for not being able to let go of her or hold into her firmly...

will you be able to live without her?

NO.
YOU WON'T.

That's really a stupid thing to do.

.
.
.
.
.

Tell her now.
Tell her thatt you want to go back to her and that you're are sorry.

Ask her to forgive you...for the last time,
even though you're not sure......




whether she'll accept you or not..













 but i think , she'll accept you.....maybe :)



Allah with us.
The story is not yet end.
Because there are still chapters of us.
Created by Him.
Our best Planner.


*only the heartless one cant understand this*

_HK_

Tuesday, 9 September 2014

Monday, 8 September 2014

don't be afraid to dream

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ni secara officialnya, aku dah bergelar pelajar semester 5 merangkap pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian). Yehuuuuu!..

Tapi perjalanan setahun ni masih panjang sebenarnya. Masih banyak benda aku kena belajar, and tak ada apa yg perlu dibanggakan sangat jadi senior final year nih. Next year xpa, sebab dah super senior..ahahah.*upsst.

Ahaaa..main idea entry kali is about dream..masuk kelas harini, lecturer aku ada ckp, dont be afraid to dream, bukan rugi pon, bukan kena bayar pon...Yeah!! Thats true la madam!

Aku mengaku. Aku suka berangan. Aku suka nak plan macam2 dalam hidup aku. Cita-cita aku tinggi, impian aku tinggi melangit bak hangg!! hehe..its okay la nak berimiginasi lebih2 pasal impian sebab kalo tak menjadi tak pa, kalo dapat apa yg diimpikan...Alhamdulillah.. :)

impian aku?

Banyakkk!!!!!!

untuk awak-awak yg saya sayang lebih ja saya cerita semua eh.. hehe

taaapiiiii..

one of my dream is travel all over the world with people i love so much <3

so, aku janji..nak belajaq and kerja rajin2..nak kumpul duit manyak2..nak melawat saudara-saudara aku yg ada kat atas bumi Allah ni.. Nak tgk tempat2 org lain..Keindahan yang Allah cipta, luas sangat. As human, i appriciated it so much.

dari kecikkkk...tempat ni aku berangan nak pi..mungkin sebab aku pengaruh cerita anime kot..makin besar, makin naaaakkk sgt aku p even kat malaysia pon org ckp ada..*eh, ada ka?


 aku nak dok bawah pokok ni.serius!!!!i realy really want to do it!
 nak ada gambaq selfie sekeping kat sini....NAKK!

So, sakura..of course..aku nak ke Jepun..Heee..Cita-cita aku dari kecik, yess, aku nak sambung study kat Jepun..tapiiiii..urm, xdak rezeki...and course aku pun maybe xdak kat Jepun kalo aku nak sambung master nanti rasanya. So, takpalah..P honeymoon dengan encik suami kat sana pon okke..*_*


nak naik sampan kat tasik ni 
yeah!blossom lake sakura Japan ^^,


nak jalan atas titi ni..bwh pokok sakura


and nak cycling time bunga2 sakura ni jatuh berguguran bak salji gituuu..

nice kan impian aku. mimpi aku dari kecik yang aku simpan sorang2..dulu pernah cerita kat bestfriend aku tapi xsedetails ni, aku just cakap nk p Jepun jaa..ahahah..Even mama abah aku pon aku tak pernah cakap..Urmm..and sorang lagi tu pun aku pernah cerita aku nak ke sini, tapi ntah dia ingat ka tak..maybe not..

Sebab, aku rasa, impian untuk main2 bawah pokok sakura ni simple kot bagi orang lain..Yalah, dok bwh pokok kaler pink ja pon...kat Malaysia pon penah jadi..hekeleh!!..

tapi...perasaan teruja aku nak ke sana...Hanya Allah ja la yg taw...hehe.. :)

okelah..just share2 sebab bosan minggu first ni xda lah busy sangat..plus, aku rasa terbeban plak simpan angan-angan aku ni sensorang..hihi..

Jepun, tunggu aku datang!

ps; awak, lepas naik bungee jump kat macau, kita datang sini eh..eh.?

HAHA..and satu benda lagi benda berkaitan JEPUN is..this song..lagu yang aku nak tujukan khas utk bestfriend aku sebenaqnya..tapi aku tak pernah pun nak dedicate lagu ni kat dia sebab aku selalu cakap  "nanti lah aku bagi dia dengaq...". Yes, aku tangguh, sebab aku selalu anggap esok masih ada...esok la aku cakap..tapi, Allah dah aturkan jalan cerita yang dia and aku bukan lagi bestfriend kot..


*female version lagi best sebenaqnya*

Its okay..But it is for him..* the lyrics is sweet ooooo..^^.
Thanks weh, sebab pernah jadi bestfriend aku.
Even we're apart, but im proud that u once called me your bestfriend.
Argghh!!weh.,aku syg hg taw ark!!(acah2 jerit ataih puncak gunung)

ok.dah tersweet dah.kbai.kbai..

Assalamualaikum.spread the love.less than three <3

Tuesday, 24 June 2014

one day

satu hari nanti..

rasanya, kita akan jumpa lagi ka?

apa perasaan masa tu?

mungkin akan ada perasaan nak lari.

tak nak pandang langsung.

atau mungkin...awkward gila..

urm.
tak nak fikir masa depan.
tapi kadang2 terfikir..

takut sebenarnya.
selalu terpikir, mcm mana laa msa akn dtg..

but seriously, i'm trying my best.
to be the old me.
me before i know you.

i'm fine.
seriously, im not.

but one day,
as i promised.
i'll be someone that you dont ever know.

maybe not today.
but one day.

:)

Sunday, 22 June 2014

JOM BERSENAM

Assalamualaikum..

Kemarin an...aku p bengkel women fitness and wellness..

pagi2...dah kena bertapak tggu kat tgga PKP..mak ai..buang tebiat jugak laa...mana taknya, xpenah2 aku nak bangun awal mcm tu sebab nak p aktiviti kolej, sebelom ni, sebab koko, tu pon kena paksa..-_-

so, nak di jadikan cerita, program tu best la jugak..sebab ada aerodance..haha..aerobik+dancing2 skit..haaa..best!memandangkan ni program for gegurls, aku tak kisah sgt nak join, kalo ada boboys, memang awal2 aku reject..

OK.OK.

Sebenaqnya bukan nak cerita sgt apa aku buat kat bengkel tu.
Akar tunjangnya entry aku pada pepagi buta ni adalah sebab, aku nak cerita suasana pagi kat padang kompleks belia & sukan Seremban.

Taw tak..pagi2, sebelom start program, aku and kkwan p la menapak kat padang tu. Ramai gila org yg berjogging, bersenam. Yang sweetnya, ada ayah, mak, nenek, atuk, anak, kakak, abang...semuanya bersenam.

Well. Aku suka sebenaqnya life mcm tu. tapi mama abah aku lain sikit. xpenah nak kluaq p bersenam, dulu masa kecik2 penah la p hitech park , tak pon mengkuang dam, sekrang...pagi lps subuh, mama aku kemas rumah, abah aku kalo rajin tanam pokok (thats why umah aku ada pokok pisang, pokok betik, pokok buluh pon adaaa..)..aku? aku alhamdulillah, sambung tidoq.

So, tiba2 kann, aku terberangan pulakk..bila dah kawin an, lepas subuh jemaah sama2, bole la p bersenam dengan encik suami and anak2...nak ada family yang sihat2 semuanya...eh?

HAHA.

ok..study week dah mula. kbai.kbai.


Sunday, 15 June 2014

#throwback

antara aku dgn dia..

kalau dua2 lemas..

sapa hg nak selamatkan dulu?


dia. sebab dia girlfriend aku.

--------------------------------------------------

sebenarnya, hang dah buat jawapan yg bijak sahabat..
sebab, aku tak lemas..
aku pandai berenang..
walaupun mula2 nak belajar berenang tu susah..

tapi aku pandai berenang.akhirnya.

so, selamatkanlah dia :)


Friday, 6 June 2014

Puisi


To: sapa2  jaaa..

Suka aku?
Ka aku ja syok sendiri..perasan sorang2? ( tengok langit kira bintang)

Kalau betul suka..
Ok.terima kasih.

But stopppp!
Jangan cakap sekarang.
Kita ada mission!
Jom baiki diri.
Jadi baik dulu.
Kau kena belajar pandai2.
Kalau kau tak pandai.
Aku tak nak!

Next, yang penting..kau rasa iman kau dah kuat sangat ka nak couple2 bagai..
Aku tak..aku jahil lagi..
Aku sedar aku ni tak baik.
Aku teringin gak nak try.
Perasaan jd gegirl org.. (erkk..! tercekik)..
Tapi aku ready nak happy ja…tak ready nak sakit..
Sebab aku sedar…aku tak matang nak tangani masalah akan datang..
Plus..aku tau couple tu menghampiri zina…dosa weyh!
So, aku nak avoid benda2 yg melalaikan aku..
Respect that.

Hahaaa!.. (ehem….tukar tone)
Awak.. saya taklah demand..
Just nak motivate awak and saya..
Tak rugi kan..even lepas ni awak dah tak suka saya pun..
Saya bukan anak raja nak memilih bagai..
Budak biasa..
OK?
Saya tak suka awak.
Tapi awak boleh ubah perasaan tu.
Bukan sekarang.
Nanti k. Nanti.

So! Kau! Kau jaga iman baik2..
Jadi kesayangan Allah.. J
Semoga dapat jadi suami aku yg baik..ayah utk anak2 aku (I mean anak2 kita)..menantu kesayangan mama abah…abang ipar paling cool adik2 aku..
Masa tu kau jangan risau. Aku sendiri masuk meminang kau! (EHHHH!!)

tapi bila aku nak ready?
bila Allah sent kita isyarat..
bila hati kita dah connected via wireless tanpa internet connection..
Benda ni akan jadi sendiri.. 

In Sha Allah.. maybe not tomorrow

but one day :)

ps: Aku kasar?
     Sekarang mungkin..
     Hakikatnya takk..

k.bye…

ikhlas,
aku ika :P


Thursday, 5 June 2014

aku

aku okey..

aku tak kisah..

aku tak buat benda sia-sia..

sebab aku taw benda tu merugikan aku..

K.bye

Wednesday, 7 May 2014

kembara ilmu

Assalamualaikum...

Ok now!

Listen!Listen!Listen!

jangan scroll bawah kalo tak dengaq..kalo loading lambat pon..dengaq gak smpai habeh!


noda di hati 
melemahkan minda
kembara sufi 
terasa sukar

sesatlah di dalam
pelayaran
hayut tiada pedoman
akhirnya karam dalam
kegagalan..

sentap?
kalau tak sentap, sila audit hati..
or maybe...aku patut cerita apa yg ustaz Imam Muda Ammar cakap pasal lagu nih..

Ustaz ckp, kalau hati tu penuh maksiat, macam mana ilmu nak masuk..

Or erti kata lain, sucikan hati dari benda2 yg Allah larang, semoga kembara sufi kita dlm menuntut ilmu dipermudahkan :)

mcm tu la lebih kurang~~

yang paling penting sekali....niat kita..
untuk apa kita belajar weyh?
untuk sekadar nak eksyen kat org kampung yg hg masuk U?

HAHA..ok..gurau.

niat yg penting skli...kerana Allah.
kalau kita menuntut ilmu, asasnya kerana kita nak berbakti di jalan Allah, nak tolong saudara seIslam kita, mama abah, or apa2 yg positif, Allah mudahkan perjalanan kita :)

Ustaz ckp...nk kuatkan daya ingatan..

     1.   Baca quran

even gagap pon tak pa...org tak pndai baca Quran, tp dia berusaha jugak nak baca, pahala 2 kali ganda taw...jgn main2..

     2.   Puasa

  • fizikal dan emosi kita In Sya Allah , akan sihat (paham kannn?)
  • awek muda
  • clean out body (buang penyakit)
  • to release tension
  • to sharp the sense
  • lower blood pressure
haaa...okeh. so, uolls....sila ambik mood anda...sekarang minggu2 submission...byk assignments..sama2 kita motivate diri jgn malaih2...

YEAH!

k.Assalamualaikum. spread the love. less than three :D


Monday, 5 May 2014

its bungy jump!!!!!!

Assalamualaikum...

well...aku excited nak share 1 benda yg memang aku idam2 nak buat satu hari nanti...

bungee jumping!

HAHA.

serius cool gila kalau aku dapat buat benda ni. Ya Allah, super duper extreme excited tersangatnya alahaiiiiii..

meh nak tunjuk
ini ialah menara macau
tinggi kann?
woaaaa!


noww...lets fly!!!!!!
haha.. 


view dari atas...
cantik kott..
apa la perasaan mamat ni kann??


"its amazing!!!!",kata bro nih.

actually macau tower punya bungy jump ni yg highest in the world!!
  • speed dalam 200km per hour
  • 233m high
  • n stop dlm 30 m before cecah tempat landing (ada airbag kat bawah...dont worry)
nah....tgk akak omputih ni buat...cool!



arghhh!..sukanyaaa..macam nak p sekarang jugak...

sebelum ni aku tgk kat tv....tp xpenah detect apa nama benda extreme ni..haha..kat Malaysia pon ada, tp tak tertinggi di dunia laa..kalau tak dpt try kat Macau, apa salah kat negara sendiri betoi dak..

but seriously, i wanna try this...!

dear future husband, saya tak request byk utk honeymoon...belanja saya ke sini pon ok jugak.

*just kidding..

but seriously, even i have to travel alone pon...ni slh stu tmpat aku nak p...

amiin.. :)

last pic...--------->>>

nice kan :)

k.Assalamualaikum. spread the love. less than three ^_^





Sunday, 4 May 2014

sebenarnya, aku pun ......

"hang taw apa tu cinta?,"

"hang pon xtaw apa tu cinta...hg nak bercinta?,".



sentap.sikit.

















aku tak nak taw apa benda alah tu.

















but now, i'm showing you..
























what love is all about.























pikir sendiri.




Thursday, 24 April 2014

Sweetnya Dia

maaf Ya Allah..

kadang-kadang, aku leka.

aku lupa.

yg sebenarnya..aku ada KAU ;'(

terlalu berharap pada manusia.
leka dengan cinta dunia.
sampai aku lupa.
setiap apa yg terjadi.
KAU perancangnya.
KAU penentunya.

Sekuat mana aku berusaha.
Kalau bukan KAU berikan, takkan ada yg lain mampu berikan :)

maaf. aku lupa. aku leka.

"org yg sabar byk pahala.."
"Allah uji...Allah syg"
"Allah tak nak..kita syg benda lain..lebih dari kita syg Dia..sebab tu Allah akan uji kita, supaya kita tak hayut"

dan sebenarnya Allah syg kita semua :)


bantu aku..dia..dan mereka.. :)

Saturday, 12 April 2014

Don't regret, but learn :)

Assalamualaikum....

La tahzan.
Allah takkan membebani hambanya dengan sesuatu yang hambanya tak mampu.
Dia Maha mengetahui.
Dia sebaik-baik perancang.

Semua orang buat salah. sebab kita memang tak dilahirkan sebagai seorang yang perfect.
Tak pernah wujud manusia yang tak pernah tak buat salah. Semua orang buat.

Jangan marah diri sendiri.
Jangan benci diri sendiri.
Jangan pinggirkan diri sendiri daripada orang lain.
Jangan bersendiri.
Jangan bersedih.
Jangan pernah anggap diri sendiri jahat.

Jangan...jangan...jangan...

Dont regret what had been done in your past. But learn from it. Change yourself, to be a better one :)

Kita belajar dari kesilapan.
Kesilapan itu yang akan mengajar kita kehidupan sebenar.
Mendewasakan kita.
Mematangkan kita.

Menangislah.
Sebab kalau itu yang melegakan kita.
Tapi jangan give up.
Jangan mudah mengalah dengan kehidupan.
Move on!
Allah sentiasa memberi peluang untuk kita berubah.
Kita sendiri yang perlu mengubah diri kita.bukan orang lain.

Sedarlah...Allah itu Maha pengampun.
Allah tak pernah kejam.
Ruang itu sentiasa ada.
Pintu taubat sentiasa terbuka.

Walau sekecil mana pon kesilapan, sedarlah yang kita bukan selamanya akan hidup dengan kesilapan tu. Masa sentiasa berjalan. Let bygone be bygone. Benda tu akan jadi sejarah. Kita sentiasa move forward. Tinggalkan sejarah tu. Tapi ambik iktibar dari apa yang pernah berlaku. And don't make the same mistakes.

I've made mistakes. I regret what i had done. I'm not perfect. But there's still got room of improvement.
Tanam azam dalam diri. Azam untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari semalam. And i just realized that i wasted so many times thinking of the mistakes i had done without taking any initiatives to move on, and change myself to be a better one.

Time goes by. Kita makin dewasa. Banyak benda yang kita tak taw dan perlu taw. Banyak lagi benda di depan. cabaran makin mendatang.

Dont mess youself with all those mistakes. Kesilapan yang lama biarkan berlalu.

Dont ever think of the past. Because you not live there anymore.
Dont ever predict the future. Because you will get hurt.

But appreciate you present time. Be happy. Live your life.Your life is precious.
Make others happy.
Make your family proud of you. especially your parents.
The most important thing, LOVE YOURSELF.
Dont make others hurt you.

Semoga Allah berkati kita. Redha dengan setiap jalan yang kita pilih.
Ingatlah..Tak semua kita dapat dalam dunia ni, tapi di SANA, In Sya Allah...tiada yang mustahil. Percaya qada dan qadar. Percaya Allah.

Spread the love. Less than three. Assalamualaikum <3

Wednesday, 9 April 2014

We fall and get hurt

There is no such thing as a perfect life,
As you live, unexpected accidents occur,
and irreversible mistakes are made.

However, every time we fall and get hurt in life,
We find ourselves always changing for the better,

By learning about other's pain,
or by maturing a little bit more.

Could that be where love starts,
So.. even though we may make mistakes and fail again,
we will continue to grow and to try..


ps: because i know you better than anyone else does.
      when i see you hurt, i hurt too.


Vice versa

Assalamualaikum..................

Peace uolls

pernah dgr tak yang org cakap....kita selalu akan dapat benda yg kita tak nak..yang kita nak tu yang tak dapat...logik?

contoh:

"tak suka arh...not my type.."
"tak suka...tak suka tu la hang dapat nanti"

terus diam! malas sambung kutuk. kang dapat betul.tak maw la aku.

tapi betul ka macam tu? haha

Forget it!

but actually. its happened to me. aku tak suka dia. aku tak suka style dia. aku tak suka cara dia. personaliti dia.

but lastly, aku suka dia.

and once aku dah confirm aku suka dia yg actually not my type. dia tinggal aku.

dugaan?

yeah!

aku tak taw lelaki idaman aku macam mana. tapi bila sekali pandang. aku bole taw, lelaki macam mana aku tak suka. HAHA.

tak taw nak cakap. its should be wordless wednesday.

i'm moving on again.
new song. i love it. :)


its not about how nice the song. its all about those lyrics.

spread the love. less than three. assalamualaikum :)

Friday, 4 April 2014

Apa aku buat?

damn!

kadang2..bengang jugak aku dengan diri sendiri..kenapalah boleh buat tindakan sebegitu rupanya...

OMG!!!!!!!!!!!

ni sebab ayat ni la punya pasal...

"...kalau kita rasa tenang dengan dia...mungkin, itu lah jodoh kita.."...lebih kurang laaa...

and i had try..be nice to him...tapi?

errkk!..
sakit hati..

so dia bukan jodoh aku la kan?
tapi sakit hati dia dengan pompuan lain...?

apa masalah aku ni..
hurmm..mungkin betul la kot aku ni psiko..
senget!..

deleteee!deleteee!deleteee!
block!block!block!!!

selepas sebulan...unblock!

urrmmm :(
i had try..my best!...seriusly...on the other side...i think positively...but this time, rasa nak memberontak..

tiba-tiba rajin pulak aku search...sebab-sebab hati tak tenang...

-pemarah
-pendendam
-hasad dengki/cemburu
-bakhil
-tamak
-tidak sabar
-ego
-riak/sombong
-cinta dunia...

yeahhh...and sekarang aku rasakan sebab aku tak tenang sekarang adalah sebab 4 benda yg di'highlight'kan di atas...

sad!

dont judge...aku pon manusia biasa..hishhhh!

if u make mistakes, its mean that you are trying...
takpalah Ika, Allah knows the best for you...
Dia sebaik-baik perancang...
Dia taw apa yang aku layak dapat...

kaan?
ok Ika...be strong!

rasa nak naik tingkat 12 sekarang...nak jerit kuat2...

ARGHHHH!!

okeh.need a rest.mind rest.
tak pa ika...behave!sekejap ja nih...tak lama...
kalo dulu bole, kenapa sekarang tak..
tak payah dengki sgt la dia dengan sapa pon sekarang...
doa dia bahagia...and me myself...move on!!

*damn!!...lebih 100x kali ckp nak move on... T____T

tak pa ika..perasaan aku ja ni....
make it happen!
prove that you can do it..


yeahhhh!...MOVE ON.


kat luar yg hujan.tapi baju aku basah.
damn!aku nangis lagi....

:'(

p/s:: MR HISTORY.LIVE WELL.BE HAPPY.IF YOU STILL LOVE ME.ITS YOUR TURN, TO FIGHT FOR US.I'M GIVE UP.SERIOUSLY, I'M DONE MY PART...

actually i realised..u make me smile..but, at the same time, i always feel that i'm losing you..its hurt..

kali ni...aku betull betullllll MOVE ON!

ok dah!!!xpayah meroyan.need sleep.

spread the love.less than three.Assalamualaikum..

Wednesday, 12 March 2014

deep


from the beginning,
you were like a friend,
like a precious lover...

from the moment,
that your heart blended with me,
my heart that started beating,
told me this is fate...

just believing like that, so pure,
my first love...

with only a breathe,
i can feel the happiness,
this love is just like the sunshine...

i though that it'll last forever,
but it only remains in the memories,
all that's left is the pain,
and the sad tears,
that remain on my cheeks,
but it's okay...

even if the wound in my memories,
covered my whole body,
its okay too...

it way my heart that,
chose you first,
it was already enough,
that you were my first love...

i'll forever protect,
my first love...

nice translation lyrics...
song from drama King 2 Hearts
just sharing.... ^_^

Thursday, 6 March 2014

uitm seremban 3..

"anda akan dipindahkan ke seremban 3...In Sha Allah pada awal tahun 2014 nanti"..

zupp!aishh..baru happy dapat sambung degree shah alam kena pindah plak....adoyaiiii...

HAHA.tu masa mula2 aku masuk part 1. dah memang diberitahu yg kami semua akan berpindah ke kampus baru seremban 3. kampus baru oi. first batch masuk..

perasaan aku bila dapat tau pindah masa awal2 dulu?
susah nak describe sbb msa tu baru minggu ke berapa...xda feeling in love dengan shah alam lagi...biasa laa...freshie, mna tau nak bangkang lgi...cewaahh!senior2 ada jgak duk merungut...dengar je laa..tapi bila dah 3 sem berkampung kat shah alam tu...aku pon rasa mcm TAK NAK PINDAH!!!!!!huhu

currentlly, aku sekarang kat seremban tiga, nogori sombilan (eh..betol ke)..aku datang sini teringat WARIS...xtaw kenapa...ahakss...rembau most wanted yaww!

bila dah kat tempat baru..nak buat apa lgi..nak meraung ke balik shah alam..kang tak pasal UITM tendang aku kuar trus...banyak songeh sgt...huh!so fefeling mcm kena seret beg mcm kena singkir dari akademi fantasia la aku nih...T_T

awal2 ni...byk jgak facilities yg tak mencukupi...tp still boleh belajar lagi laaa....cumanyaaaa...wifi tak dak lagi...sobss3...maybe, dalam masa terdekat akan dipasang kot..

tak nak cakap banyak...hampa semua bole tgk this video utk dpt view psl UITM SEREMBAN TIGA!!

(fefeling dengan lagu wawasan setia warga uitm...hee)

haaaa...nampak dakk?..kolej bukan nama bunga2 lg dah mcm kat s.alam...kolej ppuan dinamakan sbgai kolej puteri mayang selida...amik hang!..kolej lelaki plak bukan putera pun...tapi kolej bendahara skudai..hee

kalo kat fakulti pun..semua guna nama orang...org2 yang byk berjasa kat negeri sembilan kot sebelum ni...dewan kuliah plak ada dewan kuliah dato' laksamana, dewan kuliah dato' maharajalela.. and dewan kuliah dato' johan...ada 1 dewan kuliah...dekat fakulti FSKM tu...nama dia andelika mandelika..tak silap aku..pergh!nama unik kot..mungkin pihak uitm sendiri nak create identiti lain dekat uitm seremban 3 nih..urmm..ok la..

haaaa!lagi satu...pusat bandar jauh wehhh!huuu...kat situ baru la ada jusco, tesco, maidin ke..terminal bas suma..kalo naik teksi dalam 12 hengget..naik bas uitm, rm1.50 ke sana..perjalanan depends la jem ka tak...

oklah..harapan aku.semoga aku dan sahabat2 yang lain dapat belajar dengan baik kat tempat baru ni..amin..masuk uitm seremban ni..dah 3 uitm aku penah belajar..merbok, s.alam and now seremban 3..lepas ni mana plak..haha..*panjang resume aku nanti..hehe

sampai sini saja and my new chapter at seremban 3 had just begun.. :)

Assalamualaikum. spread the love. less than three.. ^_^

ps:kat sini xdak ayam uncle bob....huwaaargh!