Tuesday, 30 December 2014

bye 2014

sebenarnya...aku dah type panjanggggg.
tapi aku rasa malas pulak nak habiskan.
so, aku keep as draft ja.




Alhamdulillah,satu tahun sudah berlalu...yup..masa berlalu..sentiasa, takkan berhenti.
So, aku harap..masuk tahun angka baru ni..aku akan sentiasa improve diri aku as a better person..nak jadi student, anak yg baik, happy kan mama n abah..Takkan masa ja dok berlalu, but i'm still the same..aku sedaq jugak diri ni...aku nk masuk 22 dah..hurmm..22???

ok.aku rasa angka 22 tu sweeeet..sebab aku rasa num 2 adalah num paling comel..Aku ja rasa, org lain aku xtaw laa..

bercakap pasal azam..ntah, aku tak pasti azam aku apa tahun lepas..yang pasti sama mcm org lain kot..xdaklah rare..yalah, nak jadi lebih baik..dpt result bagus...semua nak better2 dri tahun sebelumnya...thats it.

tapi tahun ni aku punya wish lain sikit dari sebelum ni..lain..serius lain..HAHA..dan cukuplah aku yg taw wish tu...

oh yaaa..In Sha Allah, taon ni aku akan grad..semoga perjalanan tahun akhir aku ni dipermudahkan..tahun depan sem 6..super senior..hee..tak sabar plak nak konvo..nak ambik gmbr konvo byk2..nak yg rare2.. (ok..ni kategori azam tahun baru jugak ka)...haha.

basicly, aku rasa nak ada azam ni tak payah time masuk taon baru ja sebenaqnya..kadang smpai tu...nak berubah boleh plak niat dlm hati.."tahun depan laa...biaq habis tahun ni..aku nak enjoy dulu..tahun depan azam aku nak jadi lebih baik..."hekkelllehh!..jgn la mcm tu hakak hakak abe abe skalian..peringtan utk diri aku juga..




aku sebenaqnya tak dak idea sgt...tapi saja nak update, banyakkan entry untuk 2014...

oh yaa..doakan sahabat2 kita di pantai timur....dan dimana-mana jua..aku akui..taon ni banyak dugaan untuk negara kita...tapi kita manusia...Allah adalah perancang yang terbaik...Semua ni ada hikmah..Kita patut belajar dengan setiap apa yg berlaku..Sebenarnya apa yg jadi adalah peringatan untuk kita..kita hidup di dunia ni sementara saja..n yeah..hidup di dunia tak lama..jadi,..kita kena manfaat la kan masa..jgn kejar dunia sebab dunia mmg tak kekal..kejar akhirat..aku mengaku, aku mmg fail lagi...nak kejar tak terkejar2..so, sama2 la eh..kita ubah apa yg patut..Allah syg kita, sebab tu Dia uji..Semoga kita tinggalkan dunia ni dalam keadaan yg beriman dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman bila di akhirat nnt..Nak masuk syurga takkk? :)


ok..sekian..
salam sayanggggg, utk diri aku sendiri..dan semua org yg aku sayangggsss! ^_^


daannn.. semoga aku dapat jumpa banyak lagi org2 yang patot aku sayang taon depan..

Assalamualaikum :D

Saturday, 27 December 2014

Thursday, 4 December 2014

Demam assignment :(

Assignment banyak.
Terlalu banyak benda nak disiapkan dalam satu masa. 
Terlalu banyak kerja sampai tak taw nak mulakan yang mana satu.
Rasa mcm semua tak sempat nak disiapkan.
Rasa nak menangis.

Time ni rasa nak meroyan macam org hilang akal.
Baru nak menyesal 'kenapalah aku ambik kos ni'
Baru nak menyesal kenapalah aku tak buat kerja ni awal2..
Baru nak menyesal sebab tangguhkan kerja sebab sebelum ni banyak sgt laghanyaa..
Time ni la nak demam panas, sejuk bagai..muntah hijau kuing semua..

Sudahlah...tak payah nak pikiaq sgt benda2 cmni..seriusly, buat kita akan double tripple stress!

There are some tips from me...tiada pengiktirafan dari mana2 doktor falsafah, sekadar apa aku rasa..and apa yang aku buat..

1)Nak menangis? 
Boleh...nangis la dulu... 
Sometimes tak rasa nak meluahkan dengan kata-kata apa kita rasa, tapi dengan menangis, rasa mcm semua akan terlepas seketika..Kalau selesa menangis depan org, cari la org yang bole nak dengar anda menangis tu. Sebab setengah org, dia just perlukan  teman untuk dia nangis jap. Lepas dia lega. Dia akan cakap tengs and blah..Haha. Menurut pakar kaunseling kat UiTM Seremban ni, org lelaki la yg selalu mcm ni. Pi bilik kaunseling, jumpa kaunselor ckp yang dia just nak menangis ja, and kaunselor tu ckp its normal. Tapi kalau macam aku, i prefer alone. Just stop my work for a while, go somewhere yg xdak org nak tengok hang..Bukan menangis meraung mcm org hilang akal, histeria aku tak tanggung taw..;3

2) Tak nak menangis? Tak rasa nak menangis? Tapi rasa mcm nak trgglkan semua assignment, tugasan persatuan lagi semua..?
Kadang2 rasa mcm tak nak menangis pon. Alah, leceh arh...sikit2 nak teriak..mcm budak kecik lahaaaiii!Xpa, for me, kalau time mcm ni, aku just need a time for my self. kadang2 nak layan jap perasaan. Amik handphone, power bank, headphone...keluar bilik..Assignment biarkan bersepah atas katil..( maaf roomates)...nasib depa faham..budak final year la katakan..(wekk!)..So, tempat lepak biasa kat tgga sebelah bilik ja pon...angin malam dia, best kot!..tapi tu la, sebelah kolej ni hutan kot..hurmm, seram gak..Tapi kalau dah stress, tak takut dah..Tapi warning pada yang rasa tak yakin diri, lepak luar tgh2 mlm, pagi2 buta bahaya. Fikir sendiri lahh..Bila stress mcm2 bole jadi kan..Tapi yang den tak pueh hati, ramai dah dok spot tempat tu...leceh arhh!..so, terpaksa cri port baru, still kat tgka..tgkat atas sikit...lg stu, ada tempt mcm koridor, boleh panjat duk atas tu..tapi kena hati2, rumah puan saadiah area tu, kang dia nampak , aku kena buang kolej...dah lama aku aim port ni.. not brave enough aku nih. Ok? dah set port baik punya, xdak org kacau, put on your headphone, psg lagu ka zikir apa2 yg feveret, dok arh sampai rasa tenang jap..jgn lama2..kalau tak suka dok tempat yang statik, baiklah anda bole berjalan di sekitar kolej anda..p bilik kawan lepak jap ka..kalau dia busy, mohon jgn kacau, kang nnti kena halau..haha...yg penting ,jgn lupa balik bilik..dah ok.balik smbung krja okeh? 

3) Kerja banyak vs mengantuk gila!!!Mana lagi penting?
Better tidoq! Serius weh, you cannot brain well what are you actually doing if u are sleepy. Letak semua buku, laptop kat tepi...Mohon tidoqlah..Sekejap pon jadi. Org ckp tidoq sekejap bila letih adalah tidoq yg berkualiti.. Bila bangun rasa fresh..Jangan lupa set alarm!..Risau tak bangun, pesan la roomate tolong kejutkan, buat alarm banyak2..biaq bising satu bilik..kalo roomate tidoq, dia msti rasa trggu, and akan bangun p kejut hang! See?..OK! aku tak mcm ni, tp roomate aku yg sebelum ni mcm ni..Haha.Aku setakat ni Alhamdulillah, bangun bila dah set alarm. Sebelum tidoq, set dalam otak..aku nak bangun buat assignment..InshaAllah, Allah tolong.. Bila dah tidoq, otak akan jadi clear and you can start brain well.. Trust me :) Sebab buat apa pulun buat assignment ngantuk2, sampai salah2, sampai stress2, marah2..assignment akan jd cincai..serius..mcm aku..haha. So, tido jap.. kalau rasa bole bertahan, tak apalah. teruskan buat assignment.. Tak pun, p la tenangkan diri or solat sunat jap :)

4)Mandi! Makan!
Assignment banyak? Mengantok tapi tak maw tidoq sebab takot terbabas? Nak lepak luar bilik pon tak nak sebab takot? So, bole p mandi..Kesah pulak mandi 2 pagi..bukan selalu..erkk! memang aku selalu buat perangai cmni..roomate bising..Tapi kan, bukan after pukul 1 pagi bole ka..aku tak pasti dari teori mana aku dapat ni..hurmm.hurmmm..Seriusly, anda akan rasa seperti dihidupkan semula..Trust me.sebab aku selalu buat mcm ni..Alah, sebab toilet dlm bilik, tak la takot sgt..haha..Lapar, bole panaskan air. Buat megi! Slurppp! Takpon biskut cap Hup Seng tu cicah la Milo! buat yg boikot milo, bole cicah teh!

5)Solat& Baca Quran
Kadang2, kita sibuk sngt nak kejar dateline, sebok sgt nak siapkan semua assignment, nak study test mcm org gila...tapi kita kena sedarkan diri kita...Kita dah solat belum? Kalau belum, bole stop dan pi solat dulu..Demi Allah, kita dahulukan urusan dengan Allah, Allah mudahkan urusan kita yang seterusnya. Secara jujur, aku ni solat takdak la awal waktu sgt tp boleh la..tapi...tapi...aku selalu ada msalah dengan Isyak aku..2, 3, 4 pagi baru nak smyang...biasa la..dok urus hal duniawi...kdg2 lagha dgn hal lain..mmg aku teruk..Motif aku bukan nak ckp aku solat awal wktu ka, lewat waktu...tp nak ckp betapa berkesannya kita dahulukan urusan dengan Allah dalam hidup kita. Benda ni aku sedar masa aku form 3..Masa tu folio geografi aku corrupt..xboleh nak bukak camna ntah...memang aku terkedu..esok kena hantaq...masa dah pukul 10 lebih malam..Sumpah! Cuak! Cikgu Miskiyah ajaq masa tu...Mati aku..mati aku..! I kenot brain, so, tggal kerja..temangu buang masa dalam sejam..last2 aku sembahyang, baca Quran..fresh lepas tu..dalam pkul 1 baru start buat semula..semua..lukis peta manual..tulis balik esei2..bole imagine tak?? masa tu tgh sekolah, tak kenal lagi kerja esaimen last minit..zaman u mmg la..Alhamdulillah, flow kerja jadi mudah weh! serius talk!..Tapi jgn la cari Tuhan time susah ja...amalkan solat cukup 5 waktu, baca Quran at least Subuh & Maghrib...paling malas.. Rajin buat taubat, hajat...paling liat pon, seminggu sekali..Benda kena istiqamah, pelan2 la..aku pon jahil jugak...so, sama2 la kita berubah. Permulaan susah, tp InshaAllah, niat betul Allah tolong..So, solat dulu! baru sambung buat esaimen!

6) Bosan dengan esaimen!
Esaimen banyak weh! Tapi aku dah boring...yess! aku mcm tu....!cari partner in crime hg, ajak kluaq! Makan kat luaq, layan movie, cuci mata kat luaq!..Student weh, tipu sgt kalau tak suka benda2 lagha ni..paling tak, nak makan luaq!..Jemu weh menghadap lauk sama kat kafe kolej..Nak KFC!!!hahaa..Tapi, duit kena ada la kan.Kalau duit tak dak, stress jugakk! paling jimat, mohon join aktiviti persatuan. Misalnya ada pertndingan karaoke, masuk ja la..hiburan tanpa perlukan duit..Menang siap dpt hadiah..Luangkan masa dengan aktiviti persatuan tu..Weh, hidup kalau menghadap esaimen, tak bermasyarakat mmg sgt tak quality life student hg..! dpt la 4 flat pon,..sgt bosan life hang! wekk! kbye!.

Tgk la movie kat dlm laptop pon jimat. gelak2 la sat tgk Runningman ka..Lepas tu, on ja la twitter facebook, berblogging jap ka mcm aku ni...tgk la dnia luar sama, walaupun dunia di hujung jari...plis la, jgn ckp nak deactive twitter, facebook sebab nak fokus study...sebab kata lagha...lepas tu hg deactive harini, esok activate balik...apa laaa...sama ja la mcm hg log in log out..aishhh!..Spend la kejap..tengok mcm aku sekarang...esaimen belambak dok bersepah atas meja , katil..tapi aku dok byk masa plak taip tips atasi stress esaimen suka hati aku ni..heee :3

7)Spend time dengan org tersayang!Get back you spirit!

rasa mmg dah nak give...?dah tak boleh jalan dah? tgk semula gmbar family, gambar mama abah..adik beradik yang mengharapkan kejayaan kita. Yang nak kita berjaya, yang nak datang tengok kita berkonvo..Tamat belajar, kerja bagus2..sanggup kita nak hancurkan hati mereka2 insan tersyg...mama, abah...tambah2 yg anak sulong mcm aku.. Nak tolong family, jgn senang2 nak give up..Make them proud, jdi contoh utk adik2..Jangan pernah anggap benda ni bebanan, anggap ni cabaran..Bersyukurlah, kita di sini..Berjuang! Berjihad. Diberi peluang menuntut ilmu kan..kawan2 kita kat Palestin, Syria sana tu..peluang yang kita ada, tak semua org dapat.

So now, ambiklah handphone. Call your parents, siblings. Say that you love them, miss them. Suruh mama abah doakan kita kuat!..Aku akan kol mama and always ckp "mama, esaimen banyak...stress..tolong doa stress ika bgi hilang...". And mama akan ckp " mama doa..selalu"..Umpama mcm bateri henset yang dah kong, tiba2 fully charge!..Kalau abah pon sama, "Abah doa taw!!!".. "Doa doa jugak! tuan punya diri pon kena doa, semayang jgn tggal!"..Dengan agak cool gaya tak mau layan..haha..And bila dengan adik2, selalu la jugak ckp talipon.bila dengan Ayin, " wehh...doakan aku! aku exam!",jerit nak pecah talipon. And Ayin akan jwb dgn ayat2 lawak bodo dia..-,-. Kalau mcm aku, aku ada family, depa lubuk emas aku sebab penguat aku..yang sentiasa tembak doa bertubi2 untuk aku..Buat yg bersuami, beristeri..suruhlah suami and isteri anda doakan eh :).. Buat yang bercouple, mmg haram kan..tapi, kalau anda rasa benda tu penguat anda study, kongsi semangat study sama2.. Jangan nak melagha sgt..Support each other. Kawan sama kawan pon ,support each other okeh!..:)

_________________________________________________________________________________

Aku stress..Tak sabar nak habiskan sisa lagi 2 minggu ni.. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Allah ada, Utamakan dia. Rezeki, dia yang bagi..Kita buat yang terbaik..ada ja rezeki untuk kita. Betulkan niat, Untuk apa kita belajar...Adakah sekadar nak mengejar pointer tinggi, nak kerja hebat2 sebab nak gaji tinggi atau sebaliknya. Yakinlah, anda mampu siapkan semua tu! Trust me, all of us can do it as long as kita TAK give up..Kita dah nak sampai puncak, cuma memerlukan beberapa langkah lagi untuk kita nak capai puncak yang teratas tu..Andai gagal, percayalah...Allah ada perancnagan jauh lebih baik untuk kita. If planning was a game, Allah always win.

Trust ourselves.We can do it.. Lillahi Taa'la :)

Spread the love. Assalamualaikum.


Monday, 1 December 2014

rindu mereka

pejam celik..pandang kiri kanan, tengok atas bawah..

tengok jam..masih berjalan masa.

dah hampir setahun aku kat seremban.
dah hampir setahun aku tinggal mereka.
dah hampir setahun aku tak menggila dalam bilik macam dulu dengan mereka
dah hampir setahun aku tak bekerja dengan mereka
dah hampir setahun aku aku tak turun koko sabtu
dah hampir setahun aku tak turun meeting bersama mereka
dah hampir setahun aku tak pi beli makan kat dc bersama mereka
dah hampir setahun aku tak jalan2 dengan mereka


yup..mmg banyak benda lagi..aku buat tanpa mereka di sini.

perasaan aku?
undescribe. sumpah aku rindu suasana dulu. suasana sebagai budak beruniform. sibuk dengan esaimen and urusan organisasi. walaupun dalam organisasi itu aku tak seberapa sangat, tapi aku rasa aku ni someone bila aku bekerja dengan mereka.

mereka siapa?
my family sispa shah alam!!

korang, mungkin korang tertanya-tanya, kenapa ika tak turun shah alam, kenapa ika tak datang melawat korang pun sem ni..

entah la korang..one of the reason memang sem ni agak busy. tapi ika rasa alasan tu sepatutnya bole letak tepi. kalau sayang, apa saja boleh diturutkan..cuma mau atau tak ja kan.

korang taw tak...ika takot, risau (xtaw nak describe)..ika takot nak lalui perpisahan yg kali ke berapa. farewell is hurt. susah nak cakap.

korang taw, bila ika bukak fb, ada gmbr korang upload. gmbr korang sama2 kat sana. ika xnak tengok! ika nak ada kat situ..rasa happy. rasa serabut kepala. rasa nak nangis sama2.. nak rasa ringan sama dipikul, berat sama dijinjing jugak (eh..btul ka peribahasa ni).

korang faham ke apa ika nak sampaikan ni.

korang, even kita dah tak boleh gather sama2 mcm selalu, ika nak korang taw, ika sayang korang...sangat2..awal sem kat sini..ika sunyi..ika mengaku, life ika dengan korang..ika mana rapat sgt dengan kwn2 fac sebelum ni..ika kan stonecold..hee...berat jugak..but i have to survive kan.

kenyataannya, memang kita semua akan terpisah pon suatu hari nanti..cuma ika yang lebih awal tinggalkan korang..jasad memang ika tinggalkan korang , tapi dalam hati tak..korang tetap jadi feveret people ika..forever :) yang ika benci pon korang, yang ika sayang pon korang..eh??

haha.. rindunya..rindu nak panggil tuan, puan..rindu nak ada junior sispa..rindu nak ada senior ramaiiiiii kat sana...rindu everything kat sana..rindu batch 9!! rindu batch2 lain jugak...hehe..eh?

ada rezeki..jodoh panjang..kita jumpa lagi..
memories to tressure, yeah! banyak sangat memory..i'm proud to be part of the memories :)

















4 sem tak cukup dengan korang.
urmm..okay nak teriak!

bye!