Saturday, 18 April 2015

move on lagi?

"aku tak boleh move on...aku tak boleh nak terima orang lain..,".

hmmm.kalau ada pengganti tu maknanya dah move on ka bro?

anda salah!

ada ja manusia-manusia yang lepas break, ada pengganti, tapi duk kemaruk kat awek'pakwe lama.. heh! so, buat apa hang nak tipu orang yang jadi penganti tu and diri hang sendiri. Wei, kalau sejuta orang sekalipun datang melutut nak jadi pengganti your ex, tapi, hati hang sendiri pun duk tak tentu hala lagi...better stop!better duk sorang-sorang, layan Runningman ka...lama-lama, hang akan selesa...seriously :)

dear friend,

move on ada banyak cara, tak semestinya kena cepat2 ada pengganti..

"kalau aku tak dak bf/gf, mesti ex aku ingat aku duk tak move on, duk tunggu dia lagi ..padahal cepat ja dia ada pengganti aku..,".

hmmm.so biar la dia nak fikir apa pun. cakap kat dia terima kasih. buat apa nak serabut kepala fikirkan apa yang dia fikirkan. biarlah hang nak single lama mana sekalipun, asalkan the fact is hang sendiri tau yang hang tak tunggu dia dah. biar dia perasan sorang-sorang. Case macam ni, rasa sangat lawak pun ada..alahai, kenapa manusia bernama ex itu tersangatlah perasan. Umpama dia sahaja makhluk yang tercipta untuk hang dalam dunia ni. Well, jangan nak ambil hati hal itu. Anggap sahaja your ex dengan tanggapan dia tu mereput jauh sana. syuh!

"aku tengok si polan tu cepatnya move on, baru bulan lepas break..,tapi aku..dah bertahun-tahun..."

setiap orang ada ambik masa depa sendiri...jangan sebab jiran sebelah rumah, roomate sebilik dah move on katanya, hang rasa tersaiko sorang-sorang pulak...duk buat tanda tanya dalam diri "bila aku nak move on ni, bila aku nak move on!,". kah! jangan tergesa-gesa. Jangan letakkan specific time. Contoh : by the end of this year, aku akan move on..completely, aku akan lupakan semuaaaa!.. so, hang dengan target hang tu bole bungkus campak dalam kolam sana!..tak payah letak target masa mcm tu, sebab hakikatnya, bila sampai masa yang hang target tu, hang tak move on lagi..malam-malam duk reyau sambil baca msg lama, depress oi..lepas tu konon ckp dalam hati..'postpone next year..'..adeh..tak palah...releks2 sudah...perasaan tu akan hilang dengan sendirinya.. trust me!..and sampai satu saat, lepas sekian lama, hang akan terpikir, "eh...dah lama aku tak terkenangkan si dia.."..haha..sampai tahap macam tu..:)

dear friend,


benda ni tak susah kalau hang belajar untuk redha..terima hakikat..malah, bersyukur la weh.. Allah tolong hang buat keputusan.. Tolong hang dengan cara terputusnya hubungan anda berdua.. ternyata dia sangat tak sesuai untuk hang.. tak payah susah-susah nak pikiaq solat istikarah bila kena decide bila nak kawen or bila ada pilihan lain..

selalunya, orang yang kena move on ni..orang yang kena tinggal la kan...orang yang meninggalkan tu opkos dia tak payah nak move on teruk macam orang yang kena tinggal. So, xpalah...maafkan jala..At least hang belajaq something dari dia....dia pun ada perasaan..Kalau dia jahat, curang or apa-apa, Alhamdulillah, Allah dah jauhkan hang dengan orang mcm dia...kalau dia jujur mintak clash, Alhamdulillah double triple, sebab dia jujur, tak tipu hang..kan..

"Cakap senang..sakit hati aku woi!"

Hati ini Allah yang kontrol taw sayang-sayang sekalian. Nak hati tenang, tak sakit.. Mintak Dia laa..tak susah kan..Yang orang duk tak boleh move on, tak boleh hidup tanpa si dia kononya di sisi..tu dia jaauhhhhh sangat dengan Allah. Hmm..aku taw, sebab aku penah rasa..Susah nak istiqamah, tapi cuba k..cuba..

Oh ya..lagipun, menghampiri zina adalah haram..zina hati?..hmm, sama-sama fikir..jangan cepat2 couple sebab takut nanti jodoh lambat, membujang sampai tua..Yakin dengan Allah..Yakin and releks cool chill..Yang penting doa banyak2..baiki diri..hikhik..

Setiap dugaan yang datang, adalah ujian untuk kita berubah jadi lebih baik :) bersyukur sebab terpilih untuk ujian-ujian yang diberikan..

Assalamualaikum.... :-*

No comments:

Post a Comment